Powered by Blogger.

Tuesday, January 24, 2012

Amalan Surah Mengandung

0 comments
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Aminn

Thursday, January 19, 2012

Little Khalif

0 comments

Assalamualaikum Little Khalif.
Alhamdulillah atas anugerah ini.
Terima kasih Allah memberi aku peluang merasai apa yg dirasa oleh ibuku.

Sesungguhnya Engkau memiliki segala kekuasaan.

Sempurnakanlah kejadian ini.
Jadikanlah dia mencintai kebaikan, dan membenci kejahatan.
yang lembut sifatnya seperti Abu Bakar
Yang menenangkan jiwa kami.
meredupkn pandangan kami.

Syukran Ya Rahim.


Tuesday, January 17, 2012

Surah Luqman

0 comments
Mommy tersentuh dengar Surah Luqman bacaan Ustaz Don. sangat soft. Baby suke ek?
kalau ade full version dh lama mommy donlod.. 




ya Allah jangan lah Engkau letakkan kesalahan kami pd anak kami. jadikanlah dia yg mencintai kebaikan & membenci kejahatan.

15 weeks

0 comments
tomorrow anak dah 15 weeks.

Semuga kamu menjadi setenang & selembut abu bakar, sesuci Fatimah az Zahra

Sunday, January 15, 2012

14 weeks

0 comments
Alhamdulillah, anak..

suke anak ada dengan mommy. mommy dah masuk 2nd trimester. tapi baru sekarang start muntah2. mommy tak kesah sebab mommy tau baby respond ngn mommy. tp jgn muntah kt opis tau. jauh toilet. tunggu sampai toilet dulu.

mommy lately ni suke makan petai laa... sedapnyeeeeeee...
mommy tak suke sambal goreng.
everyting mommy makan semua rasa yg lekat kt mulut semua tak sedap.
terpakse beli chewing gum. everytime makan kene kunyah chewing gum.

oh mommy dah start kene turun class silat. baby tengok2 org silat tau.
mommy tak ngajar pun just tengok2 je.

nanti dah  besar leh join ye sayangg.. :)

Wednesday, January 4, 2012

Mari Berjimat

0 comments
alert this one. Maternity Fair on March 2012

Maternity & Children Expo - link


Monday, January 2, 2012

11th turn to 12th

0 comments
assalamualaikum anak mommy.
my little khalif.

this week habis first trimester mommy. alhamdulillah. mommy doakan yg baik2. semua berjalan lancar.
sayang mommy.

mmg tekak rasa ada plumbum. makan je nak keluar balik. tapi alhamdulillah belum sampai muntah lg. anak mommy pandai jaga hati mommy. pandai tak susahkan mommy. just to inform mommy that u are okey in there rite dear?

muke mommy pon dah berminyk. jerawat dah 20 tahun tak muncul tetibe muncul balik.

seluar confirm mommy dh tak muat.

sekarang pi keje pakai baju kurung n skirt je. skirt ni pon when you turned to 4-5th month mommy rasa takleh pakai dh.

nanti pujuk babah beli baju baru eh sayang.

u behave in there. mommy jaga kamu, kamu jage mommy. behave tau.

semoga jadi anak yg baik. taat ibu bapa. memelihara solat. cinta kepada kebaikan, cinta kepada yg mencintai Allah dan Rasulnya...

till then... esok kite pi check up :D
 

Iman-Ayesha Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez