Powered by Blogger.

Wednesday, December 28, 2011

Little Khalif

0 comments
assalamualaikum.

anak mommy. apa khabar.
sekarang anak mommy complete 11 minggu.
another week to 12 weeks.
mommy doakan yg baik2 utk anakku.
semuga slamat segalanya di bawah lindungn Allah.

Thursday, December 22, 2011

you are 11 weeks now dear

0 comments
salam anakku.

apa khabar? 14th mommy pegi scan. doc ckp tangan dah gerak2. dah 30mm. alhamdulillah.
mommy lately ni mual sangat.

pantang lunch je terus nk uwek.
pantang makan sambal or berminyk je ya Allah loyanya.
padahal tu fav mommy.

nak teguk air kosong pon susah. mommy kene minom air suam.
mommy sakit pinggang teruk. solat pon terpaksa duduk.

tp mommy minta maaf ye .. dah keje ni mommy jarang tiup2 kat pusat.
yela mommy buat kang nmpk plak kt office ni. dah la ade CCTV everywhere. 

bby mommy pe kabar.?

mommy amat doakan agr bby dapat dekatkn mommy dengan tuhan.
bby jadi anak yg baik. soleh. cantik. comel. tampan.
memiliki sifat abu bakar. di mana sayang nya beliau pada baginda SAW.

moga bby mencintai nabi muhammad lebih dr segalanya ye.

today is friday. bby baru je abes 10 weeks. mommy tggu bby.
nxt week mommy terpakse beli ubat tahan munth. kalau tak , mmg tak tahan. toilet jauh sayang. nak lari mmg tertinggal2 kt blakang :(

Monday, November 21, 2011

6 weeks

0 comments
Dear Little Khalif,

Mommy tak tau kenapa this second pregnancy mommy super duper malas.

same system with before.. sama dengan seblum nih,

muntah teruk when it reach 6 weeks.
tapi kali ni mommy lagi lain.
mommy takde selera nk makan. dulu boleh jugak makan sayur, susu, kurma,
tapi kali ni hilang semua selera makan.

hari ni mommy kene cirit birit .. ni perut tengah memulas2, tak faham perut nak ape.

tapi mommy harap baby jadi anak yg baik.

semuga anak, kejadian indah dari Allah mengubah kami menjadi lebih baik.
dan anak , menjadi lebih baik dari kami.

semuga kamu menjadi Permata Rasulullah....

semuga Allah kuatkan anak kali ini. kuat ye sayang, bertahan , mommy pun bertahan, nak rasa till 9 months to hve u in my womb.

Ya Allah ampunilah aku.... ampunilah aku .. ampunilah aku...

Wednesday, November 9, 2011

Diet Ibu Hamil

0 comments

SARAPAN PAGI
1 gelas jus limau
1 mangkuk amping/amping jagung atau 3 keping roti bijiran penuh dan sedikit majerin
1 biji telur rebus
1 cawan susu

SAMPINGAN PAGI
2 keping biskut digestive/krakermeal
1 cawan teh cair bersusu

MAKAN TENGAHARI
1 mangkuk nasi
4 sudu makan daging/ayam sos tiram berkucai dan tomato
1 mangkuk bayam tumis
1 potong betik

SAMPINGAN PETANG
1 biji jagung rebus
1 cawan susu bercampur sedikit milo

MALAM
1 mangkuk nasi
1 mangkuk ikan rebus ala tomyam atau sup
1 mangkuk taugeh campur tauhu tumis
1 potong tembikai 

Nama anak dalam Islam

0 comments
Please browse to this link

Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.


->nama anak dalam islam

Amalan Ibu Mengandung

0 comments

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.
1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
***************************************
Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.
Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.
SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
Wallahu a’lam.
http://aidura.blogspot.com/
Buat ikhwah sekalian…
Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.
Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul “Wirid Ibu Hamil” karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).
Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut. 

Bacaan ayat-ayat Al-Quran.
1. Membaca Surah Al-’A'raaf : Ayat 54 – 56

Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu ‘Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum…dan seterusnya

Tanda & Punca Gugur

0 comments
Check this link 
 

Iman-Ayesha Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez